Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

Industri Pelancongan Kesihatan Sumbang Peningkatan Jumlah Pelancong

KUALA LUMPUR  - Industri pelancongan kesihatan telah menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong ke negara ini, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia berikutan penyediaan khidmat penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan yang kompetetif dan terbaik berbanding negara-negara jiran.

"Pelancong dalam industri tersebut kebanyakannya ingin mendapatkan khidmat perubatan di negara ini kerana mereka yakin bahawa doktor-doktor kita merupakan kelulusan dari universiti terbaik dari negara Rusia, India dan China dan mereka lebih yakin untuk datang," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat.

(Sumber - Bernama)