Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Datin Seri Rosmah Minta Anak Muda Bawa Malaysia Ke Tahap Lebih Tinggi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta golongan muda supaya bersedia untuk menerima dan menggalas tanggungjawab yang lebih besar demi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju dan makmur pada masa hadapan.

Beliau berkata anak muda perlu sedar bahawa mereka adalah bakal pemimpin yang akan meneruskan usaha membangun negara dengan lebih cemerlang. B

eliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Bersama Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) dan Aktivis Belia Malaysia (Malaya).

Datin Seri Rosmah berharap anak-anak muda hari ini akan berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.

Pada majlis itu, Kira-kira 300 mahasiswa hadir di Seri Perdana.

((BERNAMA))