Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

My Kampung Tourism Jadi Acara Tahunan Dalam Kalendar Pelancongan Langkawi

  • Published in Nasional

 

Foto - BERNAMA

My Kampung Tourism akan dijadikan acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalender pelancongan Langkawi.

Acara dua kali setahun itu diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Tanjung Rhu dan Kedawang.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ia sebagai langkah awal promosi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian My Kampung Tourism di Pantai Damam, Tanjung Rhu.

 

((RTM/LANGKAWI))