Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Nelayan 75-80 Tahun Kini Boleh Diinsurankan

  • Published in Nasional
Foto - BERNAMA

SEBUYAU - Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat sekali lagi terserlah apabila warga emas golongan nelayan berusia 75 hingga 80 tahun kini boleh diinsurankan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan keluarga nelayan tersebut terjamin jika berlaku kejadian tidak diingini ketika menangkapikan.

"Jumlah premium adalah RM221,150 dengan bayaran yang dikenakan hanya RM150 bagi tempoh satu tahun," katanya sambil menambah bayaran boleh dibuat melalui pemotongan elaun sara hidup yang diterima.”

Pada majlis itu, Datuk Seri Ahmad Shabery bersama Datuk Seri Rohani telah menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) berjumlah RM1.8 juta kepada 731 penerima dan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat RM204,000 kepada 85 penerima di kawasan Parlimen Batang Lupar bagi 2018.

Selain itu, seramai enam penerima bantuan persekolahan dan Sumbangan Tabung Bantuan Nelayan, Anak anak Nelayan PNK Sebuyau dan seramai empat orang penerima Skim Bantuan Bencana dan Kebajikan NelayanLKIM turut menerima bantuan pada majlis tersebut.

Sementara itu, pada majlis sama, Datuk Seri Ahmad Shabery turut mengumumkan pembinaan Jeti Konkrit Pendaratan Ikan di Kampung Maludam dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro bernilai RM500,000.

Beliau berkata pembinaan jeti itu akan memanfaatkan 300 nelayan di kawasan tersebut.

((BERNAMA))