Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Penjawat Awam Pikul Amanah Dan Tanggungjawab Besar

  • Published in Nasional
Foto - Tan Sri Dr Ali Hamsa

PUTRAJAYA - Pencapaian negara pada hari ini, tidak akan terhasil tanpa dasar dan inisiatif yang diperkenalkan kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata sebagai penjawat awam adalah menjadi amanah dan tanggungjawab dalam memastikan segala dasar-dasar dan inisiatif yang diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya selaras  konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam.   

Jelas Tan Sri Dr Ali,penjawat awam juga tidak harus lupa kepada ikrar dan janji untuk memartabatkan penyampaian dan imej Perkhidmatan Awam.

Selain itu  penjawat awam  perlu terus  mengekalkan momentum kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara serta menjayakan agenda Negara ke arah Transformasi Nasional 2050.

((RTM / TV))