Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

UTP Anjur Red Sonata Fiesta 2018

  • Published in Nasional

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazhong) sekali lagi menjalin kerjasama untuk menganjurkan ' Red Sonata Fiesta 2018' (RSF2018), pertandingan orkestra Cina selama 2 hari bermula 29 Jun ini.

"Bertemakan 'Reminiscing Fall', RSF2018 menyediakan platform bagi peminat orkestra Cina mempamerkan bakat dan kemahiran mereka.

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar UTP, Profesor Madya Dr Nurlidia Mansor menerusi sidang media di Wisma Huazhong di Kuala Lumpur berkata peganjurannya adalah bertujuan menghasilkan pelajar serba boleh, bukan sahaja cemerlang dalam akademik.

Ia juga merupakan platform untuk meningkatkan minat generasi muda terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah, dalam muzik tradisional Cina, terutamanya orkestra Cina.

Oleh itu, UTP ingin mempelawa pelajar sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi, serta orang ramai untuk mengambil bahagian dalam RSF2018," kata Nurlidia.

6 kategori akan dipertandingkan iaitu orkestra besar Cina, chamber kecil orkestra Cina, band, tarian, koir, dan pertandingan solo.

Sebanyak 5,000 peserta disasarkan mengambil bahagian pada pertandingan itu dan mereka juga berpeluang untuk menyertai sesi kelas piano klasik, konduktor atau erhu, serta sesi perkongsian suona yang akan diadakan pada 1 Julai.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar di rsf2018.weebly.com.

((BERNAMA))