Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Polis Buru 4 anggota Daesh

  • Published in Nasional

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 4 individu disyaki anggota militan Daesh yang merancang untuk melancarkan serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam.

Mereka juga merancang untuk menculik, serta membunuh anggota polis. Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyebut, keempat-empat individu itu mampu melancarkan tindakan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara dan merbahaya.

Mereka ialah 3 warga tempatan iaitu Muhammad Faizal Muhamad Hanafi dan Muhammad Hanafi Yah masing-masing beralamat di Tumpat, Kelantan; serta Nor Farkhan Mohd Isa yang beralamat di Skudai, Johor.

Seorang lagi warga Thailand dikenali sebagai Awae Wae-Eya.

((BERNAMA))