Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Tan Sri Napsiah Omar Meninggal Dunia

  • Published in Nasional

SEREMBAN - Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia pada 6.10 petang tadi akibat barah hati.

Beliau berusia 74 tahun. Semasa mengesahkan perkara itu, saudara terdekat beliau Datuk Yahya Hamid berkata allahyarham meninggal dunia di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya dekat Kuala Lumpur.

Jenazah masih berada di Ampang Jaya dan dijangka dibawa pulang ke Kuala Pilah malam ini .

Beliau berkata demikian ketika dihubungi BERNAMA

Beliau memberitahu bahawa jenazah allahyarham akan dikebumikan i Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok.

((BERNAMA))