Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Harap 30 peratus Calon BN Adalah Wanita - Datuk Seri Rohani

  • Published in Nasional

SEPANG - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berharap 30 peratus calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah calon wanita.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata setiap pengerusi parti komponen BN juga telah dimaklumkan supaya mempertimbangkan wakil wanita untuk bertanding pada PRU14.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang.

Ditanya mengenai maklum balas daripada parti-parti komponen BN mengenai perkara itu, katanya kebanyakan daripada mereka memberikan reaksi positif, namun keputusan akhir hanya akan diketahui pada hari penamaan calon PRU14 nanti.

((BERNAMA))