Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Penganjuran DSA dan Pameran Natsec Asia 2018 ; Bukti Kestabilan Malaysia Di Rantau Asia Tenggara.

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 membuktikan pihak luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap kestabilan Malaysia di rantau Asia Tenggara.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, penganjuran program sebegitu menunjukkan negara berada dalam satu posisi yang cukup baik dan menarik minat banyak penganjur luar.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau sekitar ruang pameran di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

DSA dan Natsec Asia 2018 menghimpunkan kira-kira 1,500-syarikat berkaitan pertahanan dan 350-anggota delegasi luar dari 45-negara.


((BERNAMA))