Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

Johor Sasar Bina 56 Pusat Dialisis Perbadanan Islam

  • Published in Nasional

BATU PAHAT - Kerajaan Johor bercadang membina sebuah Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor (PIJ) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui kerjasama PIJ dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pusat dialisis dengan kos rawatan RM 180 bagi setiap sesi rawatan itu mampu dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun akan datang sekiranya kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelasnya sehingga kita sudah terdapat 2 iaitu pertama di Taman Rinting dekat Pasir Gudang dan kedua di Ayer Hitam di Batu Pahat.

Katanya pihaknya akan bina 3 lagi pusat dialisis ini di Labis, Pagoh dan Kluang.

Ia selari dengan manifesto yang kami telah bentangkan iaitu kami berhasrat memastikan setiap kawasan DUN mempunyai pusat rawatan dialisis sendiri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor dan Pelancaran Skim Pinjaman Usahawan Tabung Wakaf Rakyat Johor (TWRJ), di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

((BERNAMA))