Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

Grand Lexis Sedia Lebih 100 Sajian Tradisional Melayu Sempena Ramadan

  • Published in Nasional
Foto - BERNAMA

PORT DICKSON - Grand Lexis Port Dickson (Grand Lexis) menawarkan lebih daripada 100 hidangan istimewa tradisional Melayu dengan tema 'resepi turun-temurun' sempena Ramadan.

Antara hidangan tersebut ialah Nasi Hujan Panas, Ayam Percik, Beriyani Kambing, Udang Petai, Daging Lembu Masak Rendang, Nangka Masak Gulai dan Pucuk Paku Masak Lemak.

Penolong Pengarah Komunikasinya Jini Sebastian berkata pihaknya menawarkan pelbagai hidangan menarik untuk pengunjung yang datang.

"Kami juga turut menghidangkan makanan Melayu yang penuh nostalgia serta sekarang amat susah untuk ditemui menu seumpama itu antaranya Ubi Kayu Rebus, Lempeng Kelapa dan Pulut Kukus Ikan Masin.

"Menu ini disediakan khas oleh Chef Eksekutif Grand Lexis Aidil Muhammad Muhader bersama pasukannya," katanya selepas previu hidangan Ramadan di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata harga yang ditawarkan adalah RM98 bagi dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun serta buffet istimewa ini akan dibuat di Roselle Coffee House, Grand Lexis.

Buffet Ramadan ini boleh didapati mulai 21 Mei hingga 11 Jun, untuk tempahan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 06-653 2000 sambungan (3350) dan percuma untuk seorang bagi setiap pembelian 10 orang, pada hari sama. 

((BERNAMA))