Monday, August 26, 2019
updated 3:31 AM UTC, Aug 26, 2019

Terima kasih kepada Sarawak tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2019

  • Published in Nasional

KUCHING - Kerajaan Persekutuan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, atas persetujuan untuk membentuk satu Jawatankuasa Bersama sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan, yang akan diadakan di Kuching 16 September ini

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith penubuhan jawatankuasa bersama tersebut penting ke arah memastikan kelancaran setiap perancangan sambutan.

Edin Syazlee berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Kuching.

Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah yang telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa berkenaan berkata kerajaan Sarawak memutuskan lokasi sambutan tersebut ialah di Padang Merdeka