Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan perintah reman terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan perintah reman terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz bagi membantu siasatan penularan beberapa siri video intimnya.

Menurut Hakim Collin Lawrence Sequerah, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu akan kekal dalam tahanan polis sehingga Sabtu ini.

Bagaimanapun, beliau mengubah perintah reman lima individu lain yang ditahan bersama-sama Haziq daripada enam hari kepada empat hari.

Permohonan semakan terhadap perintah tersebut dibuat selepas terdapat kekhilafan dalam perintah reman yang dikenakan majistret sebelum ini.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (terlibat dengan seks luar tabii), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 323 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan video lucah).

15 Julai lalu, Haziq dan lima individu terbabit ditahan pihak berkuasa dan direman enam hari.