Monday, August 26, 2019
updated 3:26 AM UTC, Aug 26, 2019

Hutang dan liabiliti negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu tahun lepas berjumlah RM1.1 trillion

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Hutang dan liabiliti negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu tahun lepas berjumlah RM1.1 trillion.

Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet.

Dan untuk menyelesaikannya, ia menjadi tanggungjawab yang ditanggung kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Jelas Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa tersebut, angka berkenaan termasuk 741 bilion ringgit hutang kerajaan persekutuan.

Ia turut melibatkan RM132.7 bilion jaminan pinjaman yang ditanggung kerajaan.

Selain itu, RM32.2 billion hutang bersih 1MDB.

Ini tidak termasuk faedah dan liabiliti lain berjumlah RM184.9 juta bilion

Jawatankuasa itu juga mengesyorkan agar kedudukan hutang dan liabiliti secara terperinci dibentang secara berkala kepada parlimen.

Langkah itu bagi memantau prestasi bayaran balik, bayaran khidmat hutang dan beban hutang sebenar.

Syor lain ialah memperinci komitmen perbelanjaan sebenar untuk bayaran khidmat hutang keseluruhan dan nisbah bayaran khidmat hutang berbanding hasil.

Cadangan kepada kerajaan untuk memperkukuh pengurusan dan meningkatkan ketelusan dalam konteks hutang dan liabiliti 
negara.