Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

PKS serta syarikat tempatan disaran teraju transformasi digital

  • Published in Nasional
 
KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS serta syarikat tempatan disaran menerajui transformasi digital bagi menarik pelabur selain mempertingkat daya saing di peringkat global.
 
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menegaskan ini bagi mempersiapkan mereka dengan trend peralihan rantaian nilai pembuatan global ke negara Asean.
 
Justeru, bagi membangunkan rangka tindakan ekonomi disokong IR 4.0, kerjasama kukuh antara agensi kerajaan berkaitan dengan syarikat terlibat perlu diwujudkan.
 
Langkah awal, adalah membangunkan ekosistem industri 4.0, dengan pemain industri serta tenaga kerja mahir perlu memahami dan menerima perubahan gangguan teknologi.
 
Buat masa ini, Perdana Menteri berkata langkah terbaik, dengan membiasakan diri terlebih dahulu sebelum belajar menguasai teknologi itu.
 
Beliau berucap pada Persidangan Melepasi Paradigma 2019.