Monday, August 26, 2019
updated 3:38 AM UTC, Aug 26, 2019

MH 17 ; Hari ini genap 5 tahun tragedi pesawat MH17 yang ditembah jatuh di ruang udara Ukraine

  • Published in Nasional
KUALA LUMPUR -  Hari ini genap 5 tahun tragedi pesawat MH17 yang ditembah jatuh di ruang udara Ukraine, meragut semua 298 penumpang dan anak kapal.
 
Dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan ahli Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) dan negara-negara lain serta masyarakat antarabangsa dalam mencari keadilan kepada waris 43 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu.
 
Pihak kerajaan komited menyalurkan maklumat terkini kepada waris mangsa.
 
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, meskipun sudah lima tahun tragedi ini berlaku, kerajaan akan terus bertanggungjawab dan tegas dalam menuntut keadilan terhadap jenayah kejam ini.
 
Tambah menterinya Anthony Loke, hasrat kerajaan untuk mencari keadilan terhadap waris mangsa tidak akan pernah berkurang.
 
Kerajaan katanya, akan kekal tegas dalam mencari keadilan untuk disampaikan kepada waris mangsa.
 
Peristiwa tragis lima tahun lalu yang melibatkan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh berhampiran Hrabove, sebuah kampung di bahagian timur Ukraine.
 
Pesawat itu yang dalam penerbangan dari Armstedam ke Kuala Lumpur.
 
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban termasuk 43 warga Malaysia.