Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

KKMM akan buat laporan SPRM berhubung isu dibangkit Ketua Audit Negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membuat laporan SPRM berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan media memaklumkan sejak mengambil alih pucuk kepimpinan pada Mei 2018, kementerian telah menghentikan amalan pelantikan pegawai khas untuk Menteri atau Timbalan Menteri.

Tambahnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah menghentikan pelaksanaan program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) bagi pihak Menteri .

Peruntukan telah dipindahkan kepada perbelanjaan operasi SKMM.

Sebelum ini dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2018 Siri 1 berhubung dana daripada Kumpulan wang SKMM telahpun dibentangkan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019.

Pengauditan telah dilaksanakan berdasarkan arahan Menteri Kewangan melalui surat bertarikh 15 Ogos 2018 bagi penggunaan dana untuk tempoh 2016 sehingga 2018.

Laporan merumuskan pelantikan pegawai khas kepada YB Menteri atau Timbalan Menteri dulu berjumlah RM1.22 juta tidak disokong dengan perincian yang jelas.

Perbelanjaan projek CSR sebanyak RM12.81 juta atas arahan sebelum ini tidak menepati tujuan yang ditetapkan dalam Akta SKMM 1998 serta bebrapa perkara lain.

KKMM juga mengambil maklum terhadap Ketua Audit Negara berkaitan pengurusan Film in Malaysia Incentive (FIMI) di bawah kelolaan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Tindakan sedang diambil oleh FINAS bagi memastikan masalah yang sama tidak berulang.