Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

MBAS terima anugerah peringkat antarabangsa di Jerman  

  • Published in Nasional
Foto - MBAS

KUALA LUMPUR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila menerima anugerah “The Golden Europe Award For Quality and Commercial Prestige 2019” daripada sebuah organisasi terkemuka antarabangsa yang berpengkalan di Perancis iaitu Association OtherWays Management &Consulting (OMAC).

MBAS merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menerima anugerah berprestij itu.

Pada majlis ini hanya 8 penerima dari pelbagai sektor perniagaan dan perkhidmatan dari Eropah, Asia dan Afrika menerima pengiktirafan daripada OMAC.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Association Other Ways Management& Consulting, Charbel S. Tabet pada majlis yang berlangsung di Berlin, Jerman, malam tadi.

Lebih istimewa, Datuk Mohd Zohdi bersama para pegawainya turut mengenakan pakaian tradisional Baju Melayu berwarna hitam sekaligus menarik perhatian penerima-penerima anugerah dari beberapa negara lain.

 Ketika dihubungi RTM, Datuk Mohd Zohdimelahirkan rasa bangga dan gembira diatas kejayaan tersebut.

Beliau berkata, pencapaian tersebut adalah hasil sokongan dan komitmen tinggi yang diberikan oleh semua pihak terutama Kerajaan Negeri Kedah.