Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Buang bayi: Ibu beranak empat dipenjara setahun

  • Published in Nasional
Foto hiasan

KOTA BHARU - Tindakan seorang wanita berpura-pura menemui bayi yang baru dilahirkannya sendiri tiga hari pada Oktober tahun lalu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Seksyen Kota Bharu hari ini.

Mahkamah mengarahkan ibu empat anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia dituduh pada 30 Jun lalu.
Tertuduh, Siti Maswani Mustapha, 31 tahun, yang juga pembantu kedai makan mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan dihadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa dengan niatmeninggalkan bayi perempuan bertempat di tepi kedai cat Teck Hing Hardware, di Kota Bharu, jam 1.05 pagi, pada 18 Oktober 2018.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, polis menerima panggilan daripadaseorang lelaki yang memaklumkan menemui seorang bayi perempuan.

Polis ke lokasi dan merakam percakapan lelaki itu dan tertuduh yang memberitahu terdengar tangisan sebelum mencari serta menemui bayi perempuan itu di tepi kedai cat berkenaan.

Polis mengesyaki tertuduh seperti baharu bersalin dan siasatan di tempat penginapan wanita itu menemui darah di atas lantai dan uri yang diletakkan dalam plastik sebelum membawa tertuduh ke Hospital RajaPerempuan Zainab 2 (HRPZ 2), Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapatibayi itu anak tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan NurulHanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh tidak diwakili peguam.

tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringankerana perlu menjaga tiga anak lagi yang masih kecil.