Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

178 karton rokok pelbagai jenama dirampas dan seorang warga Indonesia berusia 34 tahun ditahan

  • Published in Nasional

 

JOHOR - Sebuah premis di Arked Mara, Gelang Patah, Iskandar Puteri diserbu pasukan polis marin Wilayah Dua.

Hasilnya, 178 karton rokok pelbagai jenama dirampas.

Dalam operasi itu, seorang warga Indonesia berusia 34 tahun ditahan.

Menurut komander pasukan, Asisten Komisioner Paul Khiu Khom Chiang, hasil pemeriksaan mendapati kesemua rokok yang bernilai hampir RM 11,000 itu disembunyikan dalam premis berkenaan.

Warga Indonesia yang ditahan itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan cukai atau duti ke atas rokok itu telah dibayar.