Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Lebih 80% lepasan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu TESDEC berjaya dapat pekerjaan

  • Published in Nasional

 

TERENGGANU - Lebih 80% lepasan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu TESDEC di Marang, berjaya mendapat pekerjaan dalam industri selepas tamat latihan.

Ia testimoni jelas keboleh pasaran bidang kemahiran, setanding lulusan akademik.

Bagi Pengerusi Lembaga Pengarah TESDEC, Wan Sukairi Wan Abdullah, kejayaan pelatih menempatkan diri dalam pasaran kerja juga bukti jelas, kursus dan latihan kemahiran disediakan mampu melahirkan pelatih profesional.

Program ditawarkan TESDEC meliputi Teknologi Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Kimpalan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jahitan, Elektrik dan Tenaga.

Wan Sukairi menyampaikan sijil tamat latihan kepada 75 pelatih.

Program dibiayai Kementerian Sumber Manusia melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dengan peruntukan RM 1.2 juta.

Sejak ditubuhkan pada 1996, TESDEC berjaya melahirkan hampir 36,000 pelajar berkemahiran tinggi.