Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

PM gariskan 5 objektif Dasar Keusahawanan Nasional

  • Published in Nasional

FOTO - RTM 

KUALA LUMPUR - Lima objektif digariskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mewujudkan Dasar Keusahawanan Nasional.

Pertama, mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif, kedua membentuk masyarakat Malaysia berfikiran dan berbudaya usahawan, dan ketiga meningkatkan bilangan usahawan.

Selain itu, keupayaan usahawan tempatan perlu dipertingkat, dan keusahawanan perlu dijadikan kerjaya pilihan.

Tun Dr Mahathir berucap pada pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur KLCC di ibu negara.