Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

UK Bekal Bantuan TVET Kepada Malaysia

KOTA KINABALU - United Kingdom (UK) mengambil inisiatifu ntuk membantu Malaysia dalam bidang teknikal, pendidikan vokasional dan latihan (TVET).  

Pesuruhjaya Tingginya di Malaysia Vicki Treadell berkata bantuan itu adalah sebahagian daripada usaha UK untuk terus menjadikan Malaysia rakan terpilihnya dalam pendidikan. 

Treadell bercakap kepada pemberita mengenai Seminar TVET Sabah, yang dirasmikan pembukaannya oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching di sini.  

Pesuruhajaya Tinggi itu berkata beliau tertarik dengan pembangunan Sabah sekarang dan gembira dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri berhubung pembangunan modal insan menerusi Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Ekonomi Sabah (SEDIA). 

Datuk Dr Yap berkata TVET boleh mewujudkan tenaga kerja teknikal dan usahawan moden untuk perindustrian dan pembangunan global yang pesat.  

Beliau juga berkata universiti perlu membentuk kolaborasi dengan industri bagi membolehkan lulusan yang berkebolehan memasuki pasaran kerja. 

((BERNAMA))