Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

KPM Peruntuk RM3.8 juta baik pulih dua sekolah daif di Johor

  • Published in Nasional

 

JOHOR - RM 3.8 juta diperuntukkan Kementerian Pendidikan bagi membaikpulih dua sekolah daif di Johor, iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Parit Markom, Pontian.

Projek baik pulih di kedua-dua sekolah berkenaan akan bermula 17 Jun ini dan dijangka siap 1 Disember depan.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kedua-dua sekolah itu diserang anai-anai selain mempunyai masalah pembentungan.

Justeru, kerja-kerja baikpulih perlu disegerakan bagi memastikan keselamatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga telah mengenalpasti lima lagi sekolah yang yang akan diusulkan untuk dibaikpulih tahun depan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima, SST Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif di Batu Pahat, Johor.