Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

ECRL: 994 syarikat Bumiputera daftar program Pra-Q

  • Published in Nasional
Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 994 syarikat kejuruteraan dan pembinaan Bumiputera dari seluruh negara telah mendaftar untuk program Pra Kelayakan (Pra-Q) projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ini mewakili 75.25 peratus daripada sejumlah 1,321 pendaftaran untuk mengenal pasti subkontraktor berpotensi bagi menjalankan sebahagian daripada 40 peratus kerja-kerja sivil projek perkhidmatan rel itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Sri Darwis Abdul Razak dalam satu kenyataan, penyertaan Bumiputera yang amat menggalakkan menunjukkan kontraktor tempatan kini lebih bersedia untuk membuktikan keupayaan mereka menyertai projek-projek mega.

Bilangan penyertaan yang menggalakkan dalam program Pra-Q ini juga secara tidak langsung menzahirkan sokongan berterusan terhadap projek ECRL yang telah ditambahbaik dengan jajaran relnya.

Pihaknya juga berharap projek ECRL akan menjadi contoh projek yang dapat memaparkan keupayaan kontraktor tempatan untuk bekerjasama dengan kontraktor antarabangsa dalam memenuhi piawaian tinggi projek infra berskala besar.