Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Mekanik pukul isteri dipenjara setahun

  • Published in Nasional

KUALA NERUS - Gara-gara memukul isteri kerana tidak menyerahkan duit raya anak seorang mekanik dipenjara 12 bulan.

Abdul Hafiz Man, 33 tahun mengaku bersalah ketika pertuduhan di bacakan dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan cederakan isterinya menggunakan papan luncur dan membaling barang mainan kepada mangsa.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah dekat Kampung Gong Pak Damat, Kuala Nerus Khamis lalu.

Ekoran kejadian itu mangsa bengkak di kepala dan seluruh badan kerana turut ditumbuk dan disepak tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mahkamah Majistret Kuala Terengganu , Nur Nabihah Hanim.