Sunday, December 16, 2018
vital-top
updated 11:42 AM UTC, Oct 16, 2018

4,789 Aduan Masalah Perkhidmatan Komunikasi Tahun Lepas

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU - Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima sebanyak 4,789 aduan berkaitan masalah perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Pengerusinya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata antara aduan pengguna yang diterima pihaknya adalah berkaitan kualti perkhidmatan, bil dan caj, penipuan promosi dan masalah rangkaian.

Katanya pihaknya telah  berjaya menyelesaikan 97 peratus aduan itu dalam masa 15 hari dan sejak awal tahun ini.

Tambahnya pihaknya juga telah menerima sebanyak 679 aduan dari seluruh negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program 'Gags and Coffee CFM': Sketsa Pengguna Bijak di Padang Merdeka, di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.

Beliau berkata setiap negeri mempunyai masalah perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang berlainan dengan 44 daripada 59 aduan dari Sabah adalah berkaitan masalah rangkaian.

Katanya, pengguna juga boleh terus membuat aduan kepada CFM sekiranya mempunyai masalah perkhidmatan komunikasi yang sukar untuk diselesaikan walaupun telah berjumpa dengan penyedia perkhidmatan.

Menurutnya, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada CFM menerusi portal aduan CFM www.complaint.cfm.org.my, hotline 1-800-18-2222, aplikasi mudah alih 'MY Mobile Rights,' e-mel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau datang ke pejabat CFM di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya.

((BERNAMA))