Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Kes Dera Di Pandan Perdana: Kanak-Kanak Perempuan Meninggal Dunia

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang dipercayai didera kenalan ibunya di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur, meninggal dunia petang tadi selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang sejak Isnin lalu.

Ketika mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun pada 1 pagi semalam bagi membantu siasatan kes yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya ketika ini,polis sedang mengesan beberapa individu lagi untuk membantu siasatan.

Menurutnya, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian Isnin lepas, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan serius di kepala, dipercayai akibat didera, dan dihantar ke hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh dua lelaki tempatan pada kira-kira 6.30 petang.

((BERNAMA))