Logo

21,979 Guru Di Terengganu Terima 'Tablet'

 

KUALA NERUS - Sebanyak 21,979 guru di seluruh Terengganu hari ini menerima komputer 'tablet' daripada Kementerian Pendidikan bagi membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran terhadap anak didik masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata jumlah itu melibatkan peruntukan kira-kira RM18.35 juta.

Manakala bagi daerah Kuala Nerus, seramai 2,503 orang guru daripada 45 buah sekolah menengah dan rendah menerima tablet tersebut hari ini

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tablet tersebut di Kuala Nerus, Terengganu. 

Beliau berkata dengan adanya tablet berkenaan, corak pengajaran guru-guru menjadi lebih efisien dan menarik.

Datuk Seri Ahmad Razif  juga mengumumkan bantuan pentadbiran RM 2,000 bagi setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk 504 buah sekolah di negeri ini melibatkan peruntukan RM 1.08 juta.

((BERNAMA))

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.