Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Laluan Utama Plaza Tol Batu 3 Dibuka Berperingkat - PLUS

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Semua laluan utama yang baharu di tapak Plaza Tol Batu Tiga Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) dibuka sepenuhnya kepada pengguna secara berperingkat mulai 10.15 malam ini.

Menurut kenyataan Plus Malaysia Berhad hari ini, pembukaan itu berikutan tamatnya fasa ketiga kerja-kerja perobohan struktur fizikal bangunan bekas plaza tol tersebut.

Kini, fasa terakhir melibatkan perobohan struktur fizikal bahagian tepi bumbung plaza tol sedang dilaksanakan.

Justeru itu, Plus menasihatkan semua pengguna yang melalui kawasan tersebut berhati-hati serta mematuhi had laju ditetapkan.

Kerja-kerja perobohan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau masing-masing bermula sejak 20 dan 21 Feb lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini.

((BERNAMA))