Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Hari Pekerja 2018 mungkin selepas PRU14

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot hari ini membayangkan sambutan Hari Pekerja tahun ini mungkin tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan.

Sebaliknya kata beliau sambutan itu mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar' yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.

Tema Hari Pekerja 2018 yang dipilih iaitu 'Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara' telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Feb lepas, tetapi saya tidak dapat beri jaminan sambutan Hari Pekerja yang biasanya disambut pada 1 Mei dapat dilaksanakan pada tarikh tersebut."

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di Putrajaya, 

Majlis yang turut dihadiri Timbalannya. Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas itu menyaksikan 642 warga kerja cemerlang menerima anugerah masing-masing.

Sementara itu, Datuk Seri Richard Riot turut menggesa warga kementeriannya meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan seiring hasrat kerajaan menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan dan keberhasilan yang mengagumkan bagi Malaysia.

((BERNAMA))