Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Berkuat Kuasa 1 April Ini, Kadar Fi Tukar Hak Milik Motosikal Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak Diseragamkan.

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 April ini, kadar fi tukar hak milik motosikal bagi negeri Sabah dan Sarawak diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu 3 ringgit.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi 1 kenyataan berkata ia usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, lebih-lebih lagi mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya kumpulan B40.

Kadar semasa penukaran hak mlik motosikal adalah sebanyak 3 ringgit bagi Semenanjung, 5 ringgit bagi negeri Sarawak dan 40 ringgit di Sabah.

Penyeragaman kadar fi berkenaan jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dalam mengurangkan perbelanjaan.

((RTM))