Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

MBOT Bantu Tingkatkan Tenaga Kerja Mahir Dan Cekap

  • Published in Nasional

GEORGE TOWN - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dapat membantu dan menyokong usaha kerajaan meningkatkan tenaga kerja yang mahir dan cekap dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Menteri MOSTI Datuk Dr Abu Bakar Mohamad‎ Diah berkata MBOT yang ditubuhkan dua tahun lepas itu, memainkan peranan sebagai badan berdaftar dan mengiktiraf teknologis profesional serta juruteknik bertauliah sebagai profesion iktisas.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Sains dan Seni di Muzium dan Galeri Tunku Fauziah Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Datuk Dr Abu Bakar berkata MBOT akan menjalankan saringan dan proses yang ditetapkan sebelum diberi tauliah sebagai profesional yang melayakkan mereka menggunakan gelaran 'TS' di pangkal nama.

Katanya pemberian gelaran 'TS' itu secara tidak langsung membuktikan bahawa negara mengiktiraf kepakaran mereka dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

((BERNAMA))