Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Pengeksport, Pengimport Dan Pemborong Pertanian Perlu Patuh Peraturan GPL

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menasihatkan pengeksport, pengimport dan pemborong supaya mematuhi Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) dalam usaha meningkatkan kualiti serta mutu pengeluaran pertanian sebelum dipasarkan di dalam atau luar negara.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Regulatori FAMA, Sabri Naseh berkata perkara berkenaan penting bagi memastikan semua pengeluaran pertanian digredkan, dibungkus serta dilabel dengan cekap untuk pemasaran pertanian keluaran tempatan.

Beliau berkata dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Pasar Borong Kuala Lumpur, sehingga awal pagi ini, masih terdapat pihak dalam industri berkenaan dikesan gagal mematuhi peraturan GPL yang telah ditetapkan.

Beliau berkata pada sidang akhbar dalam operasi  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Penguatkuasaan Peraturan GPL di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

 

Sabri berkata walaupun jumlah kes yang dilaporkan tidak banyak tetapi pihak FAMA memandang serius perkara berkenaan dan operasi GPL akan dipergiatkan supaya kes yang sama tidak berulang.

((BERNAMA))