Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Konstabel Tertembak Diri Sendiri Kini Stabil

  • Published in Nasional

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang cedera pada dada kiri akibat tertembak dirinya sendiri dengan senjata api di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dekat Seri Iskandar semalam, kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh mengenai keadaan anggota polis yang telah berkhidmat di IPD Perak Tengah sejak September 2016 itu.

Beliau berkata ketika ditemui di HRPB di sini.

Semalam, Supt Mohamad Zainal berkata mangsa berumur 24 tahun mengambil senjata api jenis MP5 di bilik simpanan senjata di IPD berkenaan sebelum memulakan syif tugasannya di Pos Pengawal IPD itu dari 12 tengah hari hingga 6 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terkena tembakan daripada senjata itu semasa hendak menyarung tali senapang pada badannya kira-kira pukul 12 tengah hari.

 

((BERNAMA))