Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Sistem e-Tanah Diperkenal Mengganti SPTB

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Sistem e-Tanah, diperkenal bagi menggantikan Sistem Pengurusan Tanah Bersepadu, SPTB, dalam memudahkan proses pendaftaran hakmilik tanah. 

Melalui 'Single Window Search', proses pindah milik hartanah diyakini lebih mudah dan fleksibel itu, bakal diperluas penggunaannya di seluruh negara secara berperingkat.

 Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, memaklumkan, Kuala Lumpur merupakan perintis penggunaan sistem berkenaan yang mengambil masa lebih pendek berbanding prosedur sedia ada.

Bercakap selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia, beliau menyatakan sistem ini juga memerlukan perkongsian data daripada institusi terlibat iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

((RTM / TV))