Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Pembalakan: Dakwaan Sungai Tercemar Tidak Benar

  • Published in Nasional

KUANTAN - Pengarah Urusan Mentiga Corporation Berhad, Datuk Muhammad Nasir Puteh menolak dakwaan Sungai Hulu Daguk di Hutan Simpan Remen Chereh yang terletak di Sungai Lembing tercemar ekoran kegiatan pembalakan.
 
Isu itu timbul selepas tular dalam laman sosial baharu-baharu ini.
  
Diperjelaskan bahawa kerja penerokaan tanah di lokasi berkenaan, adalah mengikut prosedur di bawah Persijilan Pengurusan Hutan.
 
Serentak dengan itu, pelbagai prosedur perlu dipatuhi disamping pemantauan rapi Jabatan Perhutanan.
 
Beberapa anak sungai di lokasi ini juga masih jernih dan hanya menjadi keruh apabila dilalui kenderaan.

Penjelasan mengenai isu ini dibuat selepas beliau meninjau keadaan air sungai di Sungai Hulu Daguk Hutan Simpan Remen Chereh Sungai Lembing Kuantan.

Tinjauan dilakukan bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kegiatan pembalakan dilakukan Mentiga Corporation menjadi punca Sungai Hulu Daguk menjadi keruh.
 
Sungai ini didakwa dikesan mulai keruh oleh pemandu pelancong yang membawa sekumpulan pendaki ke Gunung Tapis, 16 Februari lalu dan tular sehingga menimbulkan kebimbangan awam yang khuatir keadaan itu akan sama seperti di Merapoh, Lipis.

((RTM PAHANG))