Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Ular Sawa Batik: Terperangkap Dalam Bonet Kereta

  • Published in Nasional

 

SUNGAI PETANI - Seekor ular sawa batik sepanjang 2.5 meter yang bersembunyi dalam bonet hadapan kereta ditangkap.

Kejadian berlaku di Jalan Bakar Sampah, Sungai Petani Kedah.

 

 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Azahar Ahmad dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.19 minit pagi tadi.

Ular sawa seberat 3 kilogram sukar ditangkap berikutan ruang bonet kereta yang sempit.

 

 

Namun dengan bantuan anggota bomba sukarela, ular berkenaan berjaya ditangkap dan dilepaskan ke lokasi selamat.

Tiada kecederaan dilaporkan.

(( RTM KEDAH))