Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Dua Beranak Maut, Motosikal Dibonceng Dilanggar Kereta

  • Published in Nasional

PORT DICKSON - Seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia  tiga tahun maut apabila motosikal yang dibonceng mereka dirempuh sebuah kereta, di KM 10 Jalan Seremban, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port  Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda  tidak mengalami kecederaan manakala penunggang motosikal dan seorang lagi pembonceng cedera ringan.

Beliau berkata , siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Kembara yang dipandu lelaki berusia 64 tahun, sedang dalam perjalanan ke Seremban.

Pemandu Perodua Kembara gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar belakang motosikal yang dikendalikan  lelaki warga Indonesia,  Akmin Hariyanto, 47 tahun, yang berada di hadapannya dari arah yang sama.

Supt Zainudin berkata kemalangan itu menyebabkan isteri Akmin, Mulyana, 39, maut di tempat kejadian dan anaknya, Hidayu Nurmadna, 3, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat kecederaan parah.

Seorang lagi anak Akmin, Hidayah Nurmadna, 3, hanya  cedera ringan.

((BERNAMA))