Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Polis Sangkal Dakwaan Tidak Membenarkan Wanita Masuk Ke Dalam Balai Polis

  • Published in Nasional

CHERAS - Polis menyangkal dakwaan tidak membenarkan seorang wanita masuk ke dalam balai polis seperti yang tular di media sosial. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata balai polis sentiasa dibuka kepada orang awam terutama jika berlaku sesuatu kecemasan.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi enam minit 28 saat  mengenai seorang wanita yang mendakwa polis tidak membenarkannya masuk ke balai polis Alam Damai Cheras  selepas diekori sebuah kereta lain.

Malah, Datuk Seri Mazlan berkata pihak polis telah menahan tiga  remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia kerana disyaki membuat ugutan  terhadap wanita berkenaan .
 
“Ekoran itu, sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki 3lelaki di belakang kereta wanita itu tidak berpuas hati lalu menjerit dan mengekori kereta wanita terbabit”, beliau berkata dalam sidang akhbar di Balai Polis Alam Damai.

Wanita berkenaan yang terasa terancam dan ketakutan kemudian memandu sehingga ke pintu depan balai polis tersebut.

Dan anggota  polis yang bertugas di balai berkenaan bergegas menemui wanita itu dan bertanyakan apa yang berlaku, manakala kereta yang mengekori mangsa terus beredar.

Ketika kejadian pada 11 malam Isnin, wanita berusia 41 tahun itu mengambil anak lelakinya di sebuah pusat tuisyen di Alam Damai .

Dia difahamkan memandu dalam  keadaan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

((RTM / TV))