Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0: Barangan Berkualiti Dengan Harga Rendah

  • Published in Nasional
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan melaksanakan model baharu berkonsepkan kepada tiga kategori model perniagaan.

Ianya, kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar; operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaan bersama.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KR1M 2.0 bakal memasarkan produk keluaran koperasi dan usahawan tempatan, berbeza dengan sebelum ini yang diuruskan sebuah syarikat pengendali.

Dengan adanya KR1M 2.0, rakyat boleh mendapatkan barangan yang berjenama dan berkualiti dengan harga yang rendah seperti jenama asalnya.

KPDNKK menyasarkan untuk membuka lebih 100 kedai KR1M 2.0 berbanding 50 yang ada di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang distruktur semula sebagai KR1M 2.0 telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Temerloh, Pahang, pada 4 Februari lalu.

KR1M 2.0 yang dilancarkan itu adalah pembangunan semula daripada inisiatif KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011.

((RTM / TV))