Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

eVISA Menjadi Elemen Untuk Menarik Warga China , Espatariat Dan Lebih Ramai Pelancong Datang Ke Malaysia

  • Published in Nasional
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA - Pelaksanaan eVISA oleh kerajaan Malaysia akan menyaksikan peningkatan ketara  kedatangan pelancong China ke negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata program tersebut  meletakkan  Malaysia selangkah ke hadapan berbanding negara lain di Asia serta Asean.

Beliau melawat kemudahan Pusat Komunikasi  eVISA (eVCOMM) serta melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah  Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali di Putrajaya.

eVCOMM ditubuhkan untuk memudahcara  kedatangan pelancong dan pengunjung tanpa menjejaskan keselamatan negara.

eVISA membolehkan pelancong antarabangsa mendapatkan visa ke Malaysia dalam tempoh 48 jam secara dalam talian tanpa perlu pergi ke pejabat  kedutaan atau konsulat seperti amalan sebelum ini.

((RTM / TV))