Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

PDRM Bekerjasama Dengan US DEA Perangi Pengedaran Dadah Antarabangsa

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Pentadbiran Penguatkuasaan Anti Dadah Amerika Syarikat (US DEA), akan mempengerusikan persidangan penguatkuasaan anti dadah antarabangsa, mesyuarat kumpulan kerja Wilayah Timur Jauh (IDEC-FERWG) dalam usaha untuk memerangi pengedaran dadah antarabangsa.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (Risikan/Operasi) , Datuk Kang Chez Chiang berkata mesyuarat dua hari bermula hari ini menghimpunkan 78 wakil agensi kawalan dadah yang merangkumi 17 negara di rantau Timur Jauh.

Mesyuarat tersebut mempunyai objektif utama untuk memberi maklumat terkini kepada negara anggota mengenai kemajuan siasatan yang dilakukan tetrhadap sasaran-sasaran yang ditetapkan, mengenal pasti sasaran baharu dan membincangkan sebarang ancaman yang muncul di rantau ini.

Para delegasi juga akan membincangkan tren pengedaran dadah serantau dan global, kerjasama antara pasukan polis negara yang berlainan dan menyelaraskan usaha ketika menjalankan operasi bersama.

Beliau berkata demikian dalam 1 kenyataan media yang dikeluarkan hari ini .

Katanya negara anggota akan membincangkan dan menyediakan hasil laporan yang akan dikemukakan kepada IDEC penuh di Rotterdam pada Aprilini yang akan dipengerusikan bersama oleh Kang dan Pengarah Wilayah US DEA Rantau Timur Jauh, Jesse R. Fong.

((BERNAMA))