Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Guna saluran betul sebelum bekerja di luar negara - Wisma Putra

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengingatkan warganegara Malaysia yang bercadang bekerja di luar negara menggunakan saluran serta prosedur yang telah ditetapkan negara berkenaan.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata mereka perlu mendapatkan visa bekerja terlebih dahulu sebelum pergi ke negara asing.

Jangan tertipu dengan skim tertentu yang menjanjikan pekerjaan di luar negara sekiranya visa atau permit bekerja sah tidak diperoleh terlebih dahulu.

Mengulas laporan akhbar tempatan hari ini bahawa terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia yang menjadi pendatang asing di Korea Selatan.

Wisma Putra berkata sebarang pertanyaan boleh dikemukakan secara terus kepada perwakilan Malaysia di mana-mana negara berkenaan dan maklumat mengenai mereka boleh diperoleh melalui laman web http://www.kln.gov.my

((BERNAMA))