Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Seorang Lelaki Berusia 37 Tahun Di Labuan, Dikhuatiri Lemas Setelah Terjatuh Ke Laut, Dalam Kejadian Di Jeti Sabah Flour Hari Ini.

  • Published in Nasional

LABUAN - Seorang lelaki berusia 37 tahun di Labuan, dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke laut, dalam kejadian di Jeti Sabah Flour pagi tadi.

CCTV berhampiran jeti tersebut menunjukkan, mangsa jatuh ke dalam air sekitar 7.30 pagi.

Menurut pekerja Sabah Flour, mangsa ialah rakan sekerja yang dikenali sebagai Latif Ibrahim Goh.

Sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.19 pagi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan memulakan operasi mencari dan menyelamat tepat 9.31 minit pagi.

Operasi membabitkan 12 anggota bomba diketuai PBK 2, Noor Johara.

Turut membantu, 13 anggota PDRM, Polis Marin, APMM dan Angkatan Pertahanan Awam.

((RTM/LABUAN))