Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Gerak gempur STAM 2017

  • Published in Nasional

                                                                Photo: Youtube -gambar hiasa

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 buah sekolah menengah agama melibatkan negeri Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah telah digempur bagi mempromosikan "Program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda semasa keputusan STAM 2017 diumumkan.

Seramai 48 sekretariat pemasaran KUIS telibat bagi menjalankan aktiviti promosi bagi memastikan maklumat program dan syarat kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda KUIS dapat disampaikan kepada pelajar yang mengambil keputusan STAM 2017 secara meyeluruh termasuk yang diluar bandar.

Pentingnya info berkaitan maklumat program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda disampaikan adalah kerana pendedahan awal kepada pelajar terutama pelajar yang mendapat keputusan yang sederhana.

Dengan syarat kemasukan yang minimum bermula dengan pangkat maqbul para pelajar lepasan STAM 2017 masih mempunyai peluang menyambung pengajian di peringkat tinggi di KUIS.

KUIS menawarkan 18 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai displin pengajian seperti Syariah, Syariah Undang-Undang, Usuluddin, Al-Quran & Al Qiraat, Dakwah Dan Pengurusan Sumber Insan, Bahasa Arab & Multimedia, Pentadbiran Dengan E-Dagang, Pengurusan Sumber Insan, Ekonomi & Kewangan, Perakaunan, Kewangan Islam (Perbankan), Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua, Komunikasi (Penyiaran), Bahasa Arab (Terjemahan), Teknologi Maklumat (Multimedia), Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian), Pendidikan Islam Dengan Multimedia Dan Syariah Dengan Muamalat.

((BERNAMA))