Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

4 Pemburu Haram Hidupan Liar Akhirnya Tumpas Dalam1 Serbuan Ops Gading Di Sekitar Gerik, Ahad Lalu.

  • Published in Nasional

GERIK - 4 pemburu haram hidupan liar akhirnya tumpas dalam 1 serbuan Ops Gading di sekitar Gerik, Ahad lalu.

Hasil kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan), kesemua warga tempatan yang ditahan itu berusia dalam linkungan 40 hingga 49 tahun.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, dalam serbuan itu lebih 10 ribu wang tunai dan beberapa jenis senjata api serta 255 butir peluru telah dirampas.

Beliau juga berkata, kumpulan sindiket ini telah diburu sejak 9 tahun lalu.

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, di Perak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 Akta Bahan Api / Kakisan dan Senjata Merbahaya 1958.

Kesemua suspek ditahan reman bermula 12 Mac hingga 18 Mac 2018.

((RTM/PERAK))