Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tubuh MARA Digital @Sungai Rambai.

  • Published in Nasional

SUNGAI RAMBAI - Dalam usaha melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang digital khususnya di luar bandar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menubuhkan MARA Digital @Sungai Rambai.

Menurut Pengarah MARA Negeri Melaka, Abd Wahab Yusoff, penubuhan MARA Digital ini selaras dengan kepesatan penggunaan jalur lebar yang semakin popular ketika ini.

Berikutan itu katanya, secara tidak langsung, ia meningkatkan penggunaan gajet yang meliputi telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Melalui MARA Digital @ Sungai Rambai, penduduk boleh mendapatkan pelbagai gajet dan pembuat pembayaran bil mereka di sini.

Pra pelancaran MARA Digital @Sungai Rambai disempurnakan oleh Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abd Rahman.

((WARTAWAN & FOTO:NURUL ASHIKIN))