Sultan Johor zahir salam takziah kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
FOTO - ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan salam takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar.
Ucapan salam takziah itu dizahirkan menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda.
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut menzahirkan salam takziah menerusi laman Facebooknya.
Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.
Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media hari ini.